Friday, September 6, 2013

Puisi: Halangan

Halangan

Kita dipisahkan dalam bentuk dimensi ruang dan waktu
Aku tidak pernah menemui Muhammad Morsi-terpisah kerana berbeza ruang
Aku tidak bisa menemui Hang Tuah-terpisah kerana berbeza waktu

Tuhan menciptakan ruang diisi dengan pelbagai objek-lautan, benua, tanah, gunung-ganang
Malah Tuhan juga menciptakan waktu penuh abstrak-dahulu, kini, benci, suka, duka, aman, tenteram.

Namun cuba difikirkan kembali 
tujuan-tujuan hidup
memperhambakan diri kepadaNya
Ternyata kita sedari ruang dan waktu ini bisa dihancurkan
Objek dan abstrak turut luluh
maka bertemulah kita dalam satu dimensi yang lain
iaitu akhirat.


Thursday, December 1, 2011

Pembantu Nak Post Sikit

Salam alaik kpd mereka yg terbaca, tertekan link, terlalu...dan etc...

Atas ajakan leader...Hobi Ku Hobi Mu...aku pun join jugak la sini...dgn minat yang sama...suka lukis(walau tak smart dan tak lawa), dan share sekali dgn orang lain...utk komen dan sebagainye...

Aku peminat hasil2 dpd negara Matahari Terbit, Jepun....  aku start berjinak2 dgn conteng2 masa aku F4 kat skola dulu...sume nye sebab terlalu bosan dgn buku... dan bile dapat hasilkan sesuatu ..seronok... Pelukis yg paling aku minat ialah Nobuhiro Watsuki...
Rurouni Kenshin(lebih dikenali Samurai X) hasil Watsuki-sensei

Mungkin dalam post aku...selain gambar yg aku lukis ,aku akan byk cite pasal anime2 dan manga2 yg ada kat sini... jadi, tak yah la beli bazir duit beli majalah2 infoanime...aku akan try post kat cni kalo ak rajin
ok...mata mne nak

Terima kasih sekali lagi kepada Hobi Ku Hobi Mu atas ajakan...

Tuesday, November 29, 2011

Dunia Kanak-Kanak dan Kartun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
















Dulu-dulu masa sekolah rendah aku suka baca majalah Ujang. Pertama-pertama aku mesti baca pasal kisah Cupin. Sebab aku minat Cupin masa tu. Bagi aku Cupin ni kartun yang paling tip top masa tu nak dibanding ngan kartun2 dalam Ujang yang lain. Rekaan kartun ni memang menarik dan kreatif. 



Pak Cik Din yang memang gila.
Ini dia mat rempit yang berbakti, Cupin (topi hijau).

So, debut ni aku tak ada kesempatan untuk tulis panjang2. Jadi setakat ni jelah perkongsian aku untuk korang semua. Jadi, remember your childhood friends, keep it in mind. 
Tra raaaa....salam.